Khamis, 31 Disember 2009

DOA AKHIR TAHUN


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang, segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian, Ya Allah Ya Tuhan kami, perkara-perkara yang kami lakukan daripada perbuatan–perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat luput dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu Ya Allah, ampunilah kami mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya, maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amat baik) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak mehampakan harapan kami YaAllah yang maha pengasih.