Isnin, 11 Januari 2010

I kNoW!!

I know that nobody will take my portion.

That’s why I am serene.

I know that my deeds will not be done by others,

Thus, I make myself busy working hard and doing good deeds.

I know that Allah always watches over me,

Therefore, I am ashamed if He finds me committing sins.

I know that death waits for me,

So, I load my good deed supply to see my Lord.

Khamis, 7 Januari 2010

Nukilan Cinta Buat Sahabat


WAHAI MAHA PENGASIH,

JIKA SAHABATKU JATUH CINTA,

BENIHKAN CINTANYA KEPADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTA KEPADA-MU,

AGAR BERTAMBAH KEKUATANNYA UNTUK MENCINTAIMU..

WAHAI MAHA PENYAYANG,

JIKA SAHABATKU JATUH HATI,

IZINKAN DIA MENYENTUH HATI ORANG YANG HATINYA TERTAUT KEPADA-MU,

AGAR SAHABATKU TIDAK JATUH

DALAM JURANG CINTA YANG MURAH,

WAHAI MAHA PEMURAH,

JIKA SAHABATKU RINDU,

RINDUKAN DIA KEPADA SESEORANG YANG MENJAGA RINDUNYA KEPADA-MU,

AGAR SAHABATKU TAK LALAI MERINDUI SYURGA-MU..

AMIN..

Rabu, 6 Januari 2010

Semua Perkara Hanya Kerana Allah

KITA BERJUMPA KERANA TAKDIR,

KITA BERKAWAN KERANA KASIH SAYANG,

KITA BERSAMA KERANA HATI,

KITA BERPISAH KERANA CITA-CITA,

KITA KEKAL KERANA KUATNYA UKHWAH,

KITA BERGADUH KERANA SATU HARGA IKATAN,

TAPI YG PALING PENTING SEMUANYA KERANA ALLAH..

BUKAN MUDAH UNTUK BERKAWAN,

BUKAN MUDAH UNTUK BERKEKALAN,

BUKAN MUDAH UNTUK TERUSKAN,

BUKAN MUDAH SEHINGGA SEKARANG,

TAPI SEMUANYA KERANA ALLAH,

TANPA DIA TAK MUNGKIN SEKARANG TERJADI..

KeKuataN Dalam PerJalanan


DISEBALIK KEPAYAHAN DISITULAH KEKUATAN,

TEKAD HATI AZIMAT PERJALANAN MENGEJAR IMPIAN,

APABILA LALUAN SEAKAN SUKAR,

BAGAI TAK TERDAYA UNTUK TERUS BERTAHAN,

NAMUN KASIHMU MENYEDARKAN,

AKU TAK PERNAH SENDIRIAN,

AKU TAHU INILAH CINTAMU,

DAN AKU TAHU SETIAP YANG TERBAIK UNTUKKU,

TAK SEMUANYA YANG KU MAHU..

ALLAH MEMBERI SUATU KEMANISAN NIKMAT UKHWAH SELEPAS KITA MERASAI PAHIT KEPAYAHAN MENDAPATKANNYA..

SEMOGA ISTIQAMAH DALAM MENCARI REDHANYA..

Selasa, 5 Januari 2010

HiKmaH Di SeBaLiK DuGaaN










CARILAH HIKMAH DALAM SETIAP KETENTUAN TUHAN,

SUPAYA TIMBUL RASA KESABARAN DAN KESYUKURAN,

SETIAP YANG PAYAH PASTI ADA KESENANGAN’

SETIAP KESABARAN PASTI ADA GANJARAN,

JIKA SESUATU ITU DITAKDIRKAN UNTUK KITE,

TIADA SIAPA YANG BOLEH MEMBERI HALANGAN,

NAMUN JIKA SESUATU ITU DITAKDIRKAN BUKAN UNTUK KITE,

PASTI TAKKAN KITE DAPAT WALAUPUN SEDIH DALAM GENGGAMAN”

Isnin, 4 Januari 2010

Setiap Ujian Ada Hikmahnye..













BILA ENGKAU MEMANDANG SEGALANYA DARI TUHANMU YANG MENCIPTA SEGALANYA,

YANG MENIMPAKAN UJIAN,YG MENJADIKN HATIMU SAKIT,

YG MEMBUAT KEINGINANMU TERHALANG,

SERTA MENYUSAHSAHKAN HIDUPMU,

PASTI AKAN DAMAILAH HATIMU,

KRN MASAKAN ALLAH SENGAJA MENTAKDIRKAN SEGALANYA UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA,

BUKAN ALLAH TAK TAHU DERITANYA HIDUPMU,

RETAKNYA HATIMU,

TAPI MUNGKIN ITULAH YG DIA MAHU KERANA ALLAH TAHU HATI YG SEBEGINI YG SELALUNYA LEBIH LUNAK DAN MUDAH UNTUK DEKAT DAN AKRAB DENGANNYA..

Ahad, 3 Januari 2010

wHat ESQ??




ESQ adalah satu titik yang membawa manusia kepada mengenali potensi diri yang hebat. Bila ia digabungkan dengan spiritual quotient. It makes more perfect as demand for being the great Muslim…

Setiap penulis buku motivator menekan kan konsep yang hampir sama.. keupayaan minda bawah sedar yang diumpamakan sebagai Sleeping Giant yang mampu meledakkan satu potensi yang hebat bila ia dikejutkan. Setiap manusia, Allah lengkapkan dengan kemampuan yang berbeza-beza, maka amatlah silap untuk kita membezakan dan membandingkan keupayaan sesorang makhluk ciptaan Allah itu..

Sabtu, 2 Januari 2010

Tips Mudah Untuk Mendapatkan Pahala Secara Berterusan



  • Menderma untuk masjid – pahala berterusan selama mana masjid tersebut digunakan dan dimanfaatkan

  • Orang yang mengalirkan air sungai – pahala berterusan selama mana ia digunakan oleh makhluk Allah

  • Orang yang menulis Mushaf / buku – pahala berterusan selama mana masih ada orang yang membacanya.

  • Orang yang menggali perigi – pahala berterusan selama mana ia digunakan oleh manusia

  • Orang yang menanam buah-buahan – pahala berterusan sama ada dimakan manusia atau haiwan

  • Orang yang mengajarkan ilmu – pahala berterusan selagi ilmu itu digunakan.

  • Orang yang meninggalkan anak yang soleh – pahala berterusan selama mana anak tersebut mendoakan untuk ibu bapanya.

Jumaat, 1 Januari 2010

DOA AWAL TAHUN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,sedia ada, tiada permulaan, kelebihan Mu maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan, tibalah tahun baru, kami mohon kepadaMu agar pelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu dayasyaitan-syaitan yang laknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtukan nafsu marah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan) kami mohon juga kepadaMu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebaikan yang boleh mendapingkan diri kami kepadaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Agong lagi mulia, YaAllah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.