Jumaat, 1 Januari 2010

DOA AWAL TAHUN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,sedia ada, tiada permulaan, kelebihan Mu maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan, tibalah tahun baru, kami mohon kepadaMu agar pelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu dayasyaitan-syaitan yang laknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtukan nafsu marah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan) kami mohon juga kepadaMu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebaikan yang boleh mendapingkan diri kami kepadaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Agong lagi mulia, YaAllah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Tiada ulasan: